SAH! Lisa Surihani Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Tahun Ini

Tidak senang dengan gosip-gosip liar tidak benar yang dilemparkan terhadapnya dan isteri, Yusri KRU tampil membuat kenyataan sebenar mengenai status Lisa Surihani yang dikatakan telah berbadan dua baru-baru ini.

Teka-teki itu berakhir setelah selebriti kacak itu mengesahkan bahawa isterinya memang sedang mengandung dan insyaAllah bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka pada tahun ini.

Alhamdulillah, akan bertambah lagi seorang umat Nabi Muhammad SAW, kan?

Kata Yusri, pelbagai gosip mengenai dirinya dan isteri telah dibuat oleh pelbagai pihak yang sama sekali tidak benar termasuk kononnya pasangan ideal itu terikat dengan kontrak eksklusif dengan sebuah stesen TV.

Kononnya juga, itulah punca sebenar Yusri mahupun Lisa untuk menutup mulut mengenai gosip berkenaan.

Mengulas lanjut tentang berita ini yang sudah bertebaran di laman sosial sejak Isnin lalu yang dibiarkan "sepi" tidak terjawab, Lisa menjelaskan mereka hanya mengikut adat orang tua-tua supaya tidak terlalu cepat berkongsi berita kehamilan.

Atas sebab ini juga, mereka enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat berkaitan cahaya mata sulung yang sedang dikandungkan.

Pengumuman gembira ini dibuat Yusri sendiri ketika majlis pelancaran trailer terbaharu filem Cicakman 3 di Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

Yusry dan Lisa telah mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya.
Perkahwinannya dengan Lisa merupakan pernikahan kedua buat Yusry atau nama sebenarnya, Yusry Abdul Halim selepas bercerai dengan aktress jelita terkenal, Erra Fazira pada 2006 tanpa dikurniakan anak. -Kedahnews.com