Siapa Kata Rakyat Malaysia Rasis?


SEBELUM ini kita sering dimomokkan dengan stigma seperti orang Melayu pemalas, orang Cina tamak dan orang India pemabuk.

Hanya disebabkan segelintir yang berperangai sedemikian habis terpalitlah seluruh kaum dengan stigma sebegitu di mata beberapa orang Malaysia.

Namun, hasil eksperimen video di bawah ini menunjukkan sebaliknya apabila mereka-mereka di bawah ini tidak sanggup menuturkan perkataan berbaur rasis tersebut malah siap ada yang mempertahankan lagi kaum yang dicemuh itu.

Ini yang kita kata rakyat Malaysia seorang yang rasis?

Jom tonton video ini yang pastinya memberikan satu perspektif yang baharu buat anda selepas ini tentang keperibadian rakyat Malaysia secara amnya. 

 





















Sumber: Mynewshub.cc