Staff Yang Bertumbuk, KFC Yang Mohon Maaf...

Beberapa hari lalu, warga netizen bergegar gara-gara kes pergaduhan melibatkan staff Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian itu, video pergaduhan yang dipercayai sempat dirakamkan salah seorang pelanggan restoran makan segera itu tersebar meluas dan semakin viral selepas ia dimuatnaik di beberapa laman sosial.

Ekoran itu, pihak KFC menerusi Facebook rasmi mereka telah memohon maaf dan menjelaskan pergaduhan itu merupakan masalah peribadi antara dua beradik yang bertelingkah sesama sendiri dan dibawa ke tempat kerja.


Sehubungan itu, pihak restoran berkenaan dalam kenyataan terbaru di laman rasmi Facebook mereka telah memohon maaf atas kejadian berkenaan dan menjelaskan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil terhadap kakitangan terbabit.

Walau bagaimanapun, pihak KFC tidak menyatakan secara jelas tentang tindakan yang telah diambil terhadap pekerja yang bergaduh dalam rakaman tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh KFC berhubung insiden memalukan itu; -Kedahnews.com
Dear Customers,

We have conducted a thorough investigation and what transpired last Friday at KFC Jalan Raja Laut was truly an isolated incident between two siblings over a private matter. In spite our best endeavors and training these employees gave in to their emotions and unfortunately the events unfolded at the restaurant. We have taken the appropriate actions with these staff. 

We want to reassure you that we have a strong training program to assist our 18,000 KFC employees and will continue to reinforce our training messages.
We thank you for your continued trust and support.