Setelah risau dan tertanya-tanya mengenai nasib bapa saudaranya
yang terlibat dalam bencana banjir di Dabong, Kelantan, seorang pengguna
Facebook, Choaheyo Chingu akhirnya boleh menarik nafas lega apabila video
ucapan bapa saudaranya itu "viral" di laman sosial.
Dimuatnaik oleh saudara Mohd Hanafi Abu Bakar, video berkenaan telah dikongsikan sebanyak 1,838 kali dan ditonton sebanyak 29,731 kali sejak 3 Januari lalu, di laman sosial itu.
Difahamkan bahawa Choaheyo Chingu yang berada di Kuching, Sarawak dan menerusi ruangan
komen memberitahu bahawa saudara-mara mereka tidak dapat
menghubungi bapa saudaranya itu sejak bencana banjir berlaku sebelum ini.
Menurutnya lagi, mereka sekeluarga semua berasa amat risau kerana tidak dapat mengetahui keadaan sebenar keluarga bapa saudaranya di sana.
Biar apapun, Kedahnews.com sangat kagum apabila mendengar ucapan Tuan Haji ini yang jelas redha dan tabah dengan ujian Allah SWT yang menimpa di negeri Kelantan.
Padanya, musibah sebeginilah yang sebenarnya akan menguji sejauh mana kekuatan iman dalam diri seorang hambaNya, sama ada menangis hiba atau bersyukur di sebalik menghadapi ujian Allah SWT itu.
Alangkah indah jika semua umat Islam menyedari hakikat itu, bukan? Sama-samalah kita bermuhasabah diri sebagaimana yang disarankan Tuan Haji berkenaan. Semoga Allah terus bersama kita...Wallahu'alam. -Kedahnews.com