Syaqir, Pemuda Jujur Yang Pulangkan RM1,600 Yang Dijumpai


JUJUR dan murni sungguh hati anak muda ini.

Menerusi kisah yang dikongsikan salah seorang pengguna laman sosial Facebook, dia meluahkan rasa terkejut dan terharu melihat kejujuran seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai  Mohd Syaqir, memulangkan kembali beg yang dijumpainya di dalam tandas sebuah masjid.

Di saat banyak kes membuktikan ramai manusia tergamak berbuat onar sekali pun di rumah Allah, pemuda ini bukan sahaja memulangkan beg milik lelaki bernama Norman Bin Brahim, malah langsung tidak terfikir untuk mengambil wang berjumlah RM1600 di dalamnya.

Ramai yang menyifatkan jumlah wang sebesar itu boleh membutakan mata sesiapa sahaja yang melihatnya namun tidak buat insan seperti Mohd Syaqir.

Rata-rata mengakui, amat sukar untuk menemui kejujuran semacam ini pada zaman sekarang.
10906228_814262098640810_2109713006835714563_n (1)
Mesej WhatApps yang dihantar Mohd Syaqir kepada pemilik beg tersebut yang bernama Norman.
Mohd Syaqir yang ditemui di sebuah restoran ketika memulangkan beg dan wang RM1,600 milik Norman. 

Semoga sikap dan peribadi sebegini dapat dicontohi oleh anak-anak muda yang lain.

Pastinya sejuk perut ibu Mohd Syaqir memiliki anak teruna sebaik ini.. -Mynewshub.cc