Tahniah Pada Leez Rosli Dan Aepul Atas Hijrah Ini...

leez2

Masih lagi hangat dibicarakan tentang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 sudah pun melabuhkan tirainya malam kelmarin dengan pelbagai kisah dan kontroversi hangat tentang program anjuran stesen televisyen TV3 itu.

Salah satu yang menarik perhatian Kedahnews.com ialah perubahan imej pelakon, Leez Rosli, yang hadir bersama suaminya, Aepul Drama Band yang dipaparkan menerusi kaca televisyen ketika AJL29 berlangsung.

Apa yang menarik bagi kami pada malam anugerah tersebut ialah kelibat Leez yang nampak lebih manis menyerlah dan jelita mengenakan tudung sekaligus menimbulkan pertanyaan peminat hiburan tentang imej terbarunya itu.

Isu "hijrah" golongan artis wanita di negara kita agak sinonim untuk dikaitkan sama ada mereka berubah imej ke arah Islam dengan menutup aurat atau hanya sekadar "fesyen" atau "trend" yang menjadi ikutan di zaman ini.

Trenda yang "ntahapahapa" di akhir zaman ini agak "luar biasa" sedikit di mana ada di kalangan artis atau peminat sendiri yang hanya mengenakan tudung malah ada yang berpurdah, namun kemudian kembali "berbogel" sesuka hati mereka.

Namun setelah dirisik-risik Instagram milik Leez, sangat melegakan apabila Leez yang mula terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia itu mengaku secara terbuka bahawa dia sudah mula mengenakan hijab sepenuhnya, semalam.


Alhamdulillah, Allahu Akbar. Dengan pengakuan tersebut, maka ia bakal menamatkan persoalan di kalangan peminat-peminat industri hiburan tanahair, khususnya yang beragama Islam, bukan?

Kedahnews.com mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelakon jelita itu atas penghijrahannya dan semoga dia terus beristiqamah dalam mencari keredhaan Allah SWT di dunia yang serba sementara ini.

Tahniah juga buat Aepul kerana berjaya memiliki seorang isteri yang berhijrah ke arah Islam dan jelas tidak rela suaminya itu mendapat "dosa kering" atau dipersoal di akhirat kelak. Tahniah dari kami semua. -Kedahnews.com


leez6leez4