Mungkin di atas dasar keterbukaan dan "hak asasi manusia", sebuah taman tema bercirikan seks pertama akan dibuka di Taiwan dengan alasan bagi meningkatkan aktiviti pelancongan di negara itu.
Difahamkan bahawa taman tema seks itu akan dibina di sebuah kawasan yang melibatkan keluasan 37 batu di sepanjang persisir pantai Taiwan.
Bakal dikenali sebagai taman "Romantic Boulevard", ia turut akan menampilkan konsep pintu gerbang berbentuk hati, gereja kaca dan taman luar yang dipenuhi dengan patung-patung erotik bersimbol seks.
Dengan berbuat demikian, pihak yang membangunkan taman tersebut mendakwa ia akan menjadikan para pelancong "jatuh cinta" dengan "ikon" terbaru di negara itu.
Romantic Boulevard dilapor masih lagi dalam fasa awal pembinaan dan dirancang untuk memasukkan sebuah kawasan khas bagi pasangan kekasih merakamkan potret perkahwinan mereka di sana.
Bagaimanapun, pembinaan taman tema seks tersebut dikatakan tidak mendapat sokongan dari semua penduduk tempatan dan mereka tidak gembira dengan pembinaan taman itu yang dianggap memalukan.
Namun pandangan sesetengah penduduk di negara itu tidak diendahkan pihak terbabit dan menekankan bahawa pembinaan taman seks itu untuk adalah untuk menarik pelancong luar dan menjana pendapatan sekitar kawasan tersebut.
Mungkin Malaysia juga bakal membina taman tema seumpama itu sekiranya terlalu didesak oleh prinsip "keterbukaan" dan "hak asasi manusia" yang sebelum ini menganjurkan kebebasan yang keterlaluan seperti "seksualiti merdeka".
Program "seksualiti merdeka" meskipun dilarang keras pihak berkuasa, masih dipersoal oleh beberapa NGO yang kononnya memperjuang "hak asasi manusia" dan menganggap pihak kerajaan zalim kerana "mencabul" hak mereka di negara ini. -Kedahnews.com