EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Almera berwajah baharu dengan ciri-ciri agresif dan aerodinamik.
Model ini antara lain mengetengahkan bamper depan reka bentuk baharu
dengan gril depan tiga dimensi serta lampu depan pelbagai reflektor,”
kata ETCM dalam satu kenyataan.
ETCM juga berkata, setakat ini terdapat kira-kira 56,000 unit Almera atas jalan.
Harga untuk kereta ini ialah RM66,900 (varian Manual E), RM69,900
(varian Automatik E), RM76,900 (varian V) dan RM79,900 (varian VL) atas
jalan dengan insurans, selain tempoh jaminan tiga tahun atau 100,000
kilometer dari segi perbatuan. – BERNAMA