Sejak 8 Mac 2014, seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan sejak itulah juga seluruh dunia, khususnya rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoan serta mengharap agar mendapat khabar baik mengenai insiden tersebut.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh seluruh pihak di serata ceruk rantau, sama ada di dalam Malaysia mahupun nun jauh ditengah perairan negara asing dengan bantuan teknologi canggih dari negara-negara maju.
Sudah tentu ia bukan saja melibatkan tenaga yang banyak, malah boleh dikatakan ia memerlukan kos yang sangat tinggi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi tragedi berkenaan.
Bagaimanapun, sebentar tadi, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengumumkan secara rasmi mengenai status terkini tragedi berkenaan.
DCA dalam kenyataannya telah mengisytiharkan
bahawa MH370 secara rasmi terlibat dalam satu kemalangan dan kesemua 239
penumpangnya dianggap terkorban di dalam tragedi tersebut.
"Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi
pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat
Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai
Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan
anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban,” kata pihak DCA.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul
Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di
stesen Radion dan Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
MH370 sebelum itu dilaporkan telah yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang dari
radar ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8
Mac 2014 dan sejak itu, nasib pesawat mahupun muatannya tidak diketahui
hingga ke hari ini.
Walaupun lenyap dari radar menara kawalan sejak 8 Mac tahun lalu,
pesawat MH370 tak pernah luput dari ingatan
rakyat Malaysia, apatah lagi petugas media yang pernah bersengkang mata
saban hari demi menantikan perkembangan insiden menggemparkan itu.
Jemputan tentang pengumuman perkembangan terkini
MH370 yang diadakan di Bangunan DCA, Precint 4
Putrajaya, sebelum itu walaupun dihantar pada saat akhir, ia menimbulkan keterujaan
luarbiasa dari kalangan media.
Sekelip mata petugas media mewakili pelbagai organisasi termasuk
agensi berita luar negara mula memenuhi perkarangan bangunan DCA sejak
jam 1 tengah hari tadi walaupun dalam jemputan dimaklumkan, sidang
akhbar hanya bermula di Dewan Serbaguna jam 3.30 petang.
Bukan itu sahaja, Bernama turut melaporkan tentang kewujudan beberapa gerai kecil yang menambahkan lagi kemeriahan di sana.
Di rumah pula, masyarakat Malaysia yang sekian lama menanti khabar
berita MH370 apatah lagi keluarga dan sanak saudara mangsa terpacak di
depan TV menanti apa yang bakal dimaklumkan kepada mereka berkenaan
pesawat Boeing 777-200ER yang sudah terlalu lama ‘menyepi’ itu.
Namun mengecewakan ramai pihak, setelah lama "terpacak" menunggu beberapa jam di sekitar lokasi sidang akhbar berkenaan, DCA kemudian "selamba" memberitahu bahawa sidang akhbar berkenaan dibatalkan.
Jadi, bayangkan petugas-petugas media, sanak-saudara mangsa dan orang ramai "menyumpah" DCA tentang hal berkenaan. - Kedahnews.com