Tiada Jenama Islam Yang Terkemuka Dalam Dunia Fesyen


Masyarakat Islam menyumbang lebih 20 peratus daripada populasi dunia tetapi walaupun kuasa beli mereka semakin meningkat, kajian menunjukkan jenis perniagaan yang dijangka gagal menjadi satu bidang utama dalam ekonomi Islam ialah: fesyen.

“Meskipun ekonomi Islam berkembang maju, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk fesyen pakaian Islam.

“Tetapi tawaran yang ada amat terhad, dan lebih malang, tidak ada satu pun jenama Islam yang sesuai bagi menangani permintaan tersebut di peringkat global.

“Oleh itu, terdapat peluang untuk jenama fesyen Islam moden untuk tampil di pasaran,” kata penganalisis penyelidikan pasaran di Euromonitor, Karen Van Diesen.

Satu laporan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Dubai, dan Thomson Reuters pada bulan September lalu berkongsi pandangan dengan Van Diesen iaitu industri fesyen Islam tidak mempunyai satu jenama pakaian di peringkat global yang mampu menangani keperluan pelanggan Muslim.

Industri fesyen Islam dijangka mencatat kira-kira 11.2 peratus daripada perbelanjaan fesyen dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang

Menurut laporan itu, dengan perbelanjaan yang dijangka mencecah USD322 bilion (RM1,127 bilion) menjelang tahun 2018 berbanding anggaran perbelanjaan global kira-kira USD2.9 trilion (RM10.14 trilion). Pada tahun 2012, umat Islam menghabiskan USD224 bilion (RM784 bilion).

Ternyata pengalaman membeli belah umat Islam itu mengecewakan, Van Diesen menjelaskan, kerana kebanyakan rekaan yang diilhamkan kini tidak memenuhi piawaian agama Islam.

“Antara aduan adalah bukaan leher yang tidak sesuai, penyudah tepi dan kesukaran yang sepadan dengan reka bentuk hijab,” katanya.

Kerim Ture, pengasas Turki e-tailer Modanisa memberitahu CNBC baru-baru ini, bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk memasuki dunia fesyen Islam.

“Pada tahun 2009, apabila saya berada di Mekah, terdapat tiga hingga empat juta orang dan saya tidak nampak apa-apa jenama fesyen Islam di pusat membeli-belah.

“Kebanyakan kedai hanya menjual tudung dan saya bertanya kepada diri sendiri mengapa tidak ada orang Islam menangani isu itu,” katanya.

Syarikat itu telah berkembang dengan pesat sejak ia diwujudkan tiga tahun yang lalu. Mereka mendapat lebih satu juta pesanan setiap tahun dari 50 buah negara seluruh dunia.

Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Iran adalah negara Islam yang memiliki kadar penggunaan pakaian Islam, menurut laporan yang berasingan dari Pusat Pembangunan Ekonomi Islam Dubai, Thomson Reuters dan Standard Dinar. baru-baru ini.

Pereka tempatan dan mereka yang baru memulakan perniagaan pakaian di negara berkenaan kini sedang berusaha untuk menangani jurang pasaran. Contohnya, oleh Hijub di Indonesia dan Citra Style di UAE.

Walau bagaimanapun, jenama-jenama itu biasanya terhad untuk pembeli tempatan dan Van Diesen berkata, mereka memberi keutamaan kepada pasaran tempatan dan bukannya di peringkat global.

DKNY, antara satu jenama pakaian utama global telah memasuki pasaran Islam. Pada awal tahun ini, jenama Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan satu koleksi Ramadan untuk kedai-kedai di pasaran Asia Tengah sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

Trend membeli-belah dalam talian kekal sebagai cara utama pengedaran dalam sektor itu, dengan Dinar Standard menganggarkan perbelanjaan untuk fesyen melalui e-dagang itu mencecah USD4.8 bilion (RM16.8 bilion) pada tahun 2013. Ia lebih besar berbanding pasaran e-dagang di India yang kini bernilai USD3 bilion (RM10.5 bilion) pada masa kini.

“Bagi memastikan fesyen pakaian Islam benar-benar meningkat, ia perlu menjadi lebih mudah diperoleh dalam pasaran semasa,” katanya.

Van Diesen mengesyorkan pemain pasaran yang berminat untuk melabur dalam jenama tempatan yang berlandaskan akar umbi Islam atau bekerjasama dengan pereka Islam.

Beliau menyatakan, syarikat-syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan pakaian Islam mungkin akan menghadapi cabaran jika mereka memasuki pasaran itu secara sendirian.

“Syarikat itu juga perlu engesahkan terlebih dahulu bahawa rantaian bekalan jenama beroperasi mengikut nilai-nilai Islam, serta berteraskan konsep ‘halal’ dari segi sumber.” katanya.

Bersama AL-SYAIKH DR. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (al-Jarumi)
Pensyarah, Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia/Utusan