Ibu manalah yang tidak bengang dan meradang bila bayi yang dikandung sembilan bulan sambil bersabung nyawa melahirkannya tiba-tiba disiarkan di laman sosial sebagai "bayi terbuang".
Mungkin itulah yang dirasai selebriti terkenal, Rozita Che Wan, apabila bayinya menjadi mangsa perbuatan tidak wajar itu.
Che Ta yang juga merupakan anak Kedah itu terkejut apabila mengetahui gambar bayinya tiba-tiba "viral" di laman-laman sosial sebagai "bayi terbuang" serta menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.
"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ni adalah orang yang tidak berhati perut!," kata Che Ta melepaskan geram sebagaimana yang dipetik dari mStar, hari ini.

Menurut sumber, individu yang memuat naik gambar bayi Che Ta dan Zain Saidin itu bukan merupakan rakyat Malaysia, sebaliknya dari negara jiran, Indonesia.
Wanita yang menggunakan nama "Della Sabrina" sebelum itu meletakkan status di laman Twitter bertanyakan seorang bayi ditinggalkan
ibu-bapanya dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di
Indonesia dengan meletakkan wajah anak aktres jelita itu.
Ekoran berita palsu itu, Che Ta berasa sedih mengenangkan anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa pengguna
laman sosial yang tidak bertanggungjawab.
Aktres itu katanya turut memberitahu bahawa akibat isu-isu yang timbul seperti itu membuatkan dirinya dan Zain seolah enggan lagi membenarkan anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.

"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.
"Bukannya tidak elok jadi artis. Alhamdulillah hidup senang, tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," keluhnya. -Kedahnews.com