Guar Chempedak - Kerajaan Negeri Kedah memohon rakyat di negeri ini
supaya menyampaikan maklumat kepada pihak kerajaan negeri sekira
terdapat rakyat yang hidup di dalam keadaan dhaif atau ditimpa
kesusahan.
Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, Kerajaan Negeri sejak merdeka sememangnya terbukti terkenal dengan sifat prihatin dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat, khususnya di musim musibah.
"Mohon beritahu kami, insyaAllah kami akan bantu sedaya mampu untuk meringankan beban rakyat.
"Sejak di zaman Tunku (Abdul Rahman Putra) lagi hinggalah ke zaman Datuk Seri Najib, kerajaaan kita memang dibuktikan memberi khidmat dan sering membantu rakyat," katanya ketika menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa banjir lumpur di Kampung Ruat, Yan, Kedah.
Ku Abdul Rahman menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian dan sumbangan wang tunai dari Kerajaan Negeri Kedah bagi meringankan beban 54 mangsa banjir yang melanda kampung tersebut pada akhir tahun lalu.
Banjir yang pertama kali berlaku di kawasan tersebut menyaksikan arus deras bercampur lumpur membanjiri kawasan berkenaan mencecah lebih 4 kaki dalam tempoh yang sangat singkat.
Meskipun surut kemudiannya dalam tempoh 3 jam, banjir berkenaan telah menyebabkan kerosakan teruk perabut, barangan elektrik, kenderaan dan makanan milik penduduk kampung.
Rumah-rumah yang disaluti selut tebal turut menyebabkan penduduk kampung kerugian yang dianggar jumlah keseluruhannya mencecah ratusan ribu ringgit. -Amir Hamzah/Utaranews.com