Terbukti bahawa Islam merupakan sebuah agama yang begitu mementingkan maruah umatnya dengan menggariskan panduan menutup aurat yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimah yang mukallaf.
Kita tidak seperti masyarakat barat yang terlalu "terbuka" dan tidak terbatas konsep "hak asasi manusia"nya dengan menganjurkan pertandingan ratu cantik dengan mengenakan pakaian berbikini yang menjolok mata.
Lebih teruk lagi, sekiranya berlaku insiden tidak diingini ketika memperagakan pakaian mandi itu, tiba-tiba tali yang mengikat pakaian dalam itu tertanggal secara tiba-tiba.
Siapa yang malu dan maruah siapakah yang tercemar?
Dalam satu insiden di Amerika Syarikat baru-baru ini, Miss California, Chanelle Riggan berterabur langkah dan senyuman apabila bikini yang dipakainya untuk sesi pakaian mandi tiba-tiba tertanggal sekaligus mendedahkan payudara.
Biarpun mendapat tepukan gemuruh dari para penonton ketika itu, agaknya apakah yang tersirat di sebalik tepukan tersebut?
Memalukan dan mencemar maruah sendiri, bukan? Lihat sendiri rakaman video di bawah yang memaparkan adegan memalukan dari budaya barat itu yang tersebar meluas ke seantero dunia...
Mujurlah Malaysia menjaga maruah umat Islam di negara ini dengan mengharamkan penyertaan gadis dan wanita beragama Islam dalam sebarang pertandingan ratu cantik, kan? -Kedahnews.com
Mujurlah Malaysia menjaga maruah umat Islam di negara ini dengan mengharamkan penyertaan gadis dan wanita beragama Islam dalam sebarang pertandingan ratu cantik, kan? -Kedahnews.com