Episod banjir teruk yang melanda beberapa negeri di negara kita pada akhir tahun 2014 secara tidak langsung menyaksikan ribuan netizen menjadi ‘wartawan tak bertauliah’ menerusi maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial hingga kini.
Bagi Kedahnews.com, meskipun ada sesetengah maklumat yang disampaikan tidak
sahih, namun banyak juga yang tepat dan sangat membantu khususnya dalam
mengenalpasti lokasi serta bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
Tapi, dalam banyak-banyak video laporan berita yang di tonton, inilah rakaman laporan "on ground" yang kami kira paling unik.
Tidak kisahlah jika anda kata dia kuat berangan atau tidak, tapi "wartawan" ini
kami kira memang cukup berbakat dalam melaporkan kejadian dari lokasi
sebenar.
Post by MEDIA HIBURAN.
Errr... mungknin TV3 atau Media Prima boleh memberi ruang kepada "wartawan" berkenaan untuk menjadi pemberita mereka? "Stringer" pun jadilah.. boleh? -Kedahnews.com