Selain dianggap detik-detik paling berharga dalam hidup, saat melafaz akad nikah juga merupakan detik-detik yang cukup mendebarkan sama ada bagi pihak pengantin lelaki, mahupun perempuan.
Apatah lagi dengan termetrinya lafaz nikah yang disahkan, maka "segedebuk" jatuh tanggungjawab yang amat berat yang wajib dipikul oleh kedua mempelai, khususnya seorang suami yang bakal menjadi ayah kelak.
Selain itu, antara yang menyumbang kepada "kegugupan" ketika lafaz berkenaan cuba diungkapkan ialah apabila menyedari bahawa semua mata yang hadir di majlis penuh keberkatan itu sedang bertumpu kepada kita.
Bagi lelaki yang berdarah gemuruh, boleh "gigil" separuh badan dibuatnya, kan?
Dek kerana itulah, kita dapat menyaksikan ramai pengantin lelaki yang "tersangkut" ketika lafaz akad nikah dilangsungkan sehingga terpaksa mengulanginya sekali, dua kali atau berkali-kali.
Menerusi video yang kami kongsikan dibawah, seorang pengantin lelaki dari
negara jiran, Brunei Darussalam berdepan dengan detik lucu apabila
tersilap menyebut nilai mas kahwinnya sebanyak B$3 (disebut tiga
ringgit), sedangkan jumlah sebenarnya ialah B$300.
Kecoh habis dibuatnya bila seluruh hadirin, termasuk perempuan tergelak ekoran insiden yang melucukan itu. Malah pengantin lelaki yang melafazkan akad itu juga sama-sama berderai ketawanya!
Saksikan video berkenaan... -Kedahnews.com