Kejadian helikopter PDRM terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah. Kredit foto: Roslan Rais. |
Bagimanapun, dua juruterbang dan dua kru yang berada dalam helikopter
tersebut selamat walaupun ada di antara mereka yang mengalami
kecederaan parah.
Di sebalik kejadian itu, kami amat kagum dengan usaha penduduk
kampung dan sukarelawan misi banjir dalam membantu menyelamatkan kesemua
mangsa tersebut.
Video suasana cemas sewaktu insiden itu berlaku telah dirakamkan oleh
penceramah yang turut serta dalam kumpulan sukarelawan itu, Zuhasnan Abdullah yang kemudiannya dikongsikan di akaun Facebook.
Mujurlah sewaktu kejadian ada lima orang doktor yang kebetulan
menyertai misi tersebut dan turut bertungkus-lumus membantu mangsa.
Mengharukan kerana pada masa yang sama, mangsa turut diajar mengucap dua kalimah syahadah.
Memetik laporan Bernama sebelum ini, Zuhasnan memberitahu
keempat-empat mangsa telah dibawa oleh penduduk kampung dan sukarelawan
ke Hospital Tanah Merah.
Apa yang dapat kami simpulkan, musibah banjir sebenarnya memperlihatkan betapa rakyat Malaysia masih tebal dengan sikap prihatin dan saling membantu antara satu-sama lain berbanding masyarakat di sesetengah negara yang adakalanya begitu ‘paranoid’ untuk membantu insan lain yang dalam kesusahan.
Sumber: Mynewshub.cc