Macam-macammmm... |
Jika kejadian ini melibatkan kanak-kanak, itu mungkin normal. Tapi kalau ia melibatkan golongan dewasa, rasanya ia akan menghasilkan dua reaksi berbeza sama ada "menjengkelkan" atau "melucukan".
Sikap anak-kanak mengamuk dan menjerit kerana kehendak tidak
dipenuhi bukanlah sesuatu yang pelik kerana akal mereka masih belum
matang untuk membezakan perbuatan yang baik dan buruk.
Namun, kalau orang dewasa berkelakuan begitu, silap haribulan mungkin dia boleh dianggap gila!
Itulah yang terjadi di Terminal Feri Tsawwassen BC, Kanada apabila
seorang wanita dirakam mengamuk dan menjerit gara-gara terlepas feri yang
sepatutnya dinaiki.
Sebetulnya, dia terlewat tiba di terminal feri itu.
“Awak tak faham, awak tak faham!
“Awak tak faham perasaan orang lain. Saya sangat marah!” jeritnya
sekuat hati kepada petugas di kaunter apabila tiketnya tidak dapat diterima.
Lebih "menarik" lagi, dia turut menghentakkan kaki berkali-kali ke lantai sebagai tanda protes.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa lucu di kalangan orang
ramai termasuklah perakam video berkenaan yang ketawa besar sebaik sahaja wanita itu keluar
dari terminal tersebut.
Namun jika difikir secara positif, sekurang-kurangnya wanita itu boleh berbangga ekoran video yang memaparkan aksi "bebal"nya itu tersebar ke seluruh dunia dan setidak-tidaknya ia menjadikan dia seorang yang "famous", kan?
Apapun, Kedahnews.com harap tidak ada orang Kedah yang bersikap begitu. Jangan bagi malu Kedah tauuuu... -Kedahnews.com