SIAPA sangka seorang warga emas dalam lingkungan 60-an sanggup menipu
dengan berlagak sebagai orang miskin yang meminta sedakah, tetapi
sebenarnya hendak membeli minuman keras menggunakan wang disedekahkan
kepadanya.
Itulah yang dirakam dalam video berdurasi 2 minit 33 saat yang kini
viral di laman sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.