Video #Viral: Gadis Comel Bertudung Hebat Memetik Gitar "Lamb Of God"!


Nampaknya abang-abang rockers semua boleh "surrender" angkat tangan dan "gantung" gitar kapok masing-masing dalam stor di rumah.

Menyaksikan seorang gadis comel memetik gitar dengan muzik rock hardcore mampu membuat mereka menangis mengenangkan diri yang hanya bertemankan tembok tepi simpang tiga berhampiran warung Wak Jenal.

Baru-baru ini, video Meliani Siti Sumartini, gadis yang baru berusia 17 tahun, berasal dari Bandung, Indonesia tiba-tiba "meletop" di laman-laman sosial.

Viral dan menerima pelbagai pujian dari ramai peminat muzik di sekitar Asia Tenggara, sememangnya gadis tersebut memiliki kemahiran memetik gitar yang hebat.

Meliani atau panggilan mesranya, Mel, merupakan seorang pelajar di SMK Pasundan 3 di Bandung, menjadi sensasi di internet apabila berjaya membawakan lagu bergenre heavy metal dengan baik.

Meskipun dilihat pada imej luarannya yang selamba, sopan, cool dan kelihatan tidak ubah seperti gadis sunti cuma, dia mampu "menggoreng" muzik bergenre keras tanpa rasa kekok.

Saksikan Mel dengan aksi gitarnya... kita mampu? -Kedahnews.com