#Viral: Aksi Tak Senonoh Gadis Bertudung Dipeluk Cium Artis K-Pop Dikecam Hebat

Hari ini paling "viral" di laman-laman sosial adalah tentang isu gambar "hangat" seorang gadis bertudung yang membabitkan soal maruah, Islam, hukum hakam dan budaya adab ketimuran masyarakat Malaysia.

Gambar dan video yang memaparkan gadis bertudung itu erat dipeluk, dicium dan seolah merelakan diri "dicabul" di atas pentas K-Pop dalam satu mini-konsert sempena "fan-meeting" melibatkan kumpulan penyanyi lelaki K-Pop Korea, B1A4.

Sedia maklum terkini bahawa anak muda di zaman ini sangat "gila"kan muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop dan justeru apabila kumpulan B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat, mereka mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap "hangit" apabila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk, dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas tanpa rasa malu di depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet sejak awal pagi hari ini.

B1a42JapaneseAlbum

Aksi melampau yang tidak sesuai diamalkan di Malaysia itu bermula ketika ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka.

Ekoran itu timbul persoalan tentang anggota kumpulan itu yang dikatakan tidak diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert.

Selain itu, timbul juga pertikaian berkenaan hal seorang gadis Islam yang berhijab boleh membenarkan dirinya dilayan sedemikian rupa di depan khalayak ramai sedangkan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?


Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada warga netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seolah "histeria" dan merelakan diri dipeluk, dicium oleh artis-artis Kpop tersebut. Bak kata pepatah Melayu, "bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi", bukan?

Bagaimanapun, komen terbaik paling "pedas" bagi pandangan Kedahnews.com jatuh kepada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang memberi komen berbunyi seperti di ini;


Mathis Mim dalam komennya mengakui bahawa dia sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

“Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

“Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” tulisnya, kesal dengan perlakuan tidak senonoh gadis-gadis yang mengaku Islam itu.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengajur atau kumpulan K-Pop Korea itu berhubung insiden memalukan itu, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan.

Kedahnews.com sendiri yakin bahawa penganjuran majlis seperti itu perlu diberikan garis panduan sejelas-jelasnya agar perkara yang sangat mengaibkan itu tidak berulang pada masa akan datang.

Lebih menyedihkan adalah memikirkan tentang kecetekan akal gadis-gadis beragama Islam yang mungkin terlalu teruja dan taksub bertemu dengan idola mereka sehingga alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri ‘dicabul’, selain paling utama melanggar hukum Allah SWT.

Semoga insiden seperti itu memberi pengajaran bagi seluruh umat Islam di Malaysia supaya tidak terjadi lagi selepas ini. -Kedahnews.com