Wanita Sanggup Cucuk 2,500 Ditubuh Macam Landak Demi Lembu


Demi perjuangannya bagi mengharamkan sukan lawan lembu, seorang wanita, Fanny Pachon, 35, sanggup menahan kesakitan dengan mencucuk 2,500 jarum di belakang badannya. 

Pachon berbuat demikian untuk mendesak agar sukan yang kejam dan tidak bertamadun itu dihentikan.

Sebagai simbolik kepada usaha tersebut dia sanggup membiarkan 2,500 jarum dicucuk di badannya. Pachon juga berjaya memecahkan rekod dunia dengan jarum paling banyak dicucuk di badan.

Bagaimanapun Pachon berkata dia tidak berminat dengan rekod tersebut kerana apa yang lebih penting ialah binatang tersebut.

“Saya dan rakan-rakan telah bertahun-tahun cuba untuk mendedahkan mengenai sukan lawan lembu itu namun tiada siapa yang mendengarnya.

“Kami kemudiannya sedar bahawa kami perlu melakukan sesuatu ketika dua kejohanan sukan itu akan diadakan tidak lama lagi,’’ katanya yang turut mencabar matador supaya merasai kesakitan yang dialami oleh lembu terbabit.

Menurut Pachon, dia memutuskan untuk berbuat demikian selepas protes yang diadakan di bandar Cartagena,gagal membuahkan hasil.

Dia mencucuk 2,500 jarum itu di depan dewan bandaraya di mana sebelum itu pestisyen meminta pengharaman sukan berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa. -Agensi