Wanita Terkejut Gambar Kencing Dalam Seluar Jadi Iklan Rumah Hantu


AUKLAND – Seorang wanita terkejut selepas mendapati gambarnya terkencing dalam seluar ketika berada dalam rumah hantu di taman tema, Spookers kini menjadi iklan taman tema tersebut di Facebook.

Dalam iklan berkenaan, Spookers memberitahu sekurang-kurangnya lima orang akan terkencing dalam seluar setiap hari.

Wanita berkenaan yang enggan namanya didedahkan, mendesak Spookers mengeluarkan imej memalukan itu selepas rakannya mengusiknya apabila mengenali baju yang dipakainya.

“Kami berada di rumah hantu di situ dan kami ketawa hinggakan dia hilang kawalan dan terkencing.
“Dia kemudiannya melihat gambar berkenaan dalam Facebook dan tidak gembira dengannya,’’ kata salah seorang saudara wanita tersebut.

Dalam pada itu, Spookers memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan wanita tersebut mengenai perkara berkenaan dan mencapai kata sepakat di mana gambar itu boleh digunakan.

Spookers amat menghargai kerana diberikan kebenaran untuk terus menggunakan gambar tersebut selepas berbincang. Kami bagaimanapun meminta maaf kepadanya,’’ kata wakil rumah hantu tersebut. -Agensi