Tidak mahu ketinggalan dari perkembangan dunia komunikasi internet global, aplikasi Whatsapp kini melangkah setapak lagi dan menawarkan khidmat akses aplikasi itu di komputer melalui enjin carian pengguna.
CEO firma itu, Jan Koum mengesahkan tindakan menaik taraf aplikasi tersebut melalui pengumuman yang dibuat di laman sosial, Facebook.
"Para pengguna kami di laman web merupakan pengguna tetap
aplikasi itu di telefon, dan skrin komputer akan menjadi ‘cermin’
penghubung dari telefon pintar mereka.
"Ia bermakna, semua mesej tersebut akan tetap berada di telefon anda," katanya menjelaskan perkara berkenaan.
Para pengguna yang mahu mencuba aplikasi itu, boleh melayari laman web khas bagi memuat naik software tersebut, sila klik di sini.
Bagaimanapun, dimuat turun, telefon pengguna perlu dihubungkan ke web sebelum boleh
digunakan dan ia dicipta bagi fleksibiliti terhadap pengguna yang sukar
menggunakan dua peranti dalam satu masa.
Buat masa ini pengguna iOS belum dapat menggunakan aplikasi tersebut
di produk keluaran Apple, namun difahamkan ia bakal dilaksanakan dalam tempoh
terdekat.
Kajian terkini menunjukkan bahawa Whatsapp memiliki kira-kira 700 juta pengguna
yang menghantar 30 bilion pesanan dan ia merupakan jumlah terbesar
berbanding kesemua pesaingnya dalam industri sama seperti WeChat dan Facebook Messanger. -Kedahnews.com