KUALA LUMPUR – Microsoft Corp telah memperkenalkan Windows 10, menandakan permulaan era perkomputeran lebih peribadi di dunia ‘mobile-first’, ‘cloud-first’, di samping meneroka masa depan holografik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft menyatakan Windows 10
menandakan permulaan era perkomputeran lebih peribadi di mana teknologi
lenyap dan orang ramai yang menjadi tumpuan.
“Orang ramai seharusnya mampu berinterkasi secara semula jadi dengan
teknologi sebagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain, dengan
suara, gerak-geri dan pandangan.
“Sebagai paltform perkomputeran holografik pertama dunia, Windows 10
merangkumi satu set antara muka pengaturcaraan penggunaan yang
membolehkan pemaju mencipta pengalaman holografik dalam dunia sebenar,”
katanya.
Bagi mempamerkan pelbagai kemungkinan hologram dalam Windows 10,
Microsoft memperkenalkan Microsoft HoloLens, iaitu komputer holografik
tidak bersambung pertama tanpa wayar, telefon atau sambungan kepada
komputer peribadi.
Sistem operasi baharu itu juga mengoptimumkan pengalaman untuk
kumpulan dengan pengenalan Hab Permukaan, peranti skrin besar baharu
bagi membantu kumpulan di tempat kerja berkongsi, membentuk idea dan
menciptanya secara bersama. – BERNAMA