WoW! Bila Penyanyi Terkenal Bollywood Nyanyi Lagu "Sekuntum Mawar Merah"...


Tahukah anda? Penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa Melayu.

Tidak ramai yang menyedari perkara ini tetapi ia adalah benar.

Penyanyi yang digelar sebagai wanita bersuara emas itu, menyanyikan lagu dan lirik hasil ciptaan Rhoma Irama dan Eddy Milfaris.

Lagu yang bercerita berkenaan pemberian sekuntum mawar merah daripada seorang lelaki kepada wanita itu tersebar kembali di laman sosial Facebook hari ini apbila ada pihak mempersoalkan adakah Lata Mangeshkar pernah menyanyikan lagu Melayu.

Sesekali mendengar nyanyian lagu yang begitu sedap iramanya ini memang membuai kenangan khususnya di waktu petang sambil termenung.


Inilah bait-bait lirik lagu Mawar Merah nyanyian Lata Mangheskar.

Sekuntum Mawar Merah

Sekuntum mawar merah
Yang kauberikan kepadaku
Di malam itu
‘Ku mengerti apa maksudmu

Sampai kini kusimpan
Bunga pemberian darimu
Bila kulihat
‘Ku terkenang pada dirimu

La-la-la… la… la… hm-hm… ooo…

Bunga mawar merah suatu tanda cinta
Yang berarti bahwa kau cinta padaku
Dengan senang hati kuterima cintamu
Karena aku juga cinta kepadamu
Oh bahagia, dua hati telah berpadu

Rupa-rupanya bukan  itu sahaja lagu Melayu yang dinyanyikan Lata Mangeshkar malahan ada juga lagu duet yang dinyanyikan beliau bersama Rhoma.















Sumber: Mynewshub.cc