TAK habis lagi nampaknya kisah yang berbangkit ekoran berita putusnya
percintaan antara pelawak dan pelakon Zizan Razak serta Emma Maembong.
Jika sebelum ini Zizan meminta pemberita memberi ruang kepadanya
ketika disogok soalan berkaitan perpisahannya itu, hari ini menerusi
sebuah portal berita, dia akhirnya membuka mulut.
Zizan memberitahu punca sebenar hubungan mereka berakhir
adalah kerana hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah berkuasa
tinggi ditentang Emma kerana dianggap membazir!
Tambahnya lagi, sepanjang hubungannya dengan Emma berlangsung tiada
perselisihan besar yang dihadapi namun titik tolak daripada keinginannya
itulah ia mulai retak.
“Sebenarnya tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya
kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia
tidak suka lelaki yang membazir.
“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu sendiri. Itu yang jadi
punca perpisahan kami,” katanya seperti dilaporkan media tersebut.
Mengakui dia masih mencintai Emma dan berharap hubungan
mereka akan kembali seperti sediakala, Zizan turut menolak andaian
sesetengah pihak yang mengatakan pelakon jelita itu mengikis duitnya.
Daripada penjelasan Zizan ini nyata hatinya masih kuat inginkan Emma.
Jadi jalan penyelesaian terbaik mungkin mereka berdua perlu duduk
semuka dan berbincang.
Mana tahu, mungkin keadaan dapat dipulihkan jika kedua-duanya masih menyimpan perasaan pada satu sama lain kan?
Sumber: Mynewshub.cc