Aksi Mesra Fazura Dan Zizan Sengaja Dituju Pada "Keyboard Warriors"

Fazura dan Zizan
Gambar-gambar yang dimuat naik oleh aktres jelita, Fazura, dalam laman Instagramnya baru-baru jelas telah membuat sesetengah peminat industri hiburan terkedu dan terkejut hairan melihat kemesraannya dengan Zizan Razak.

Aksi Fazura dan Zizan yang nampak mesra dan mampu bergelak ketawa bersama sekaligus menjawab segala persoalan ramai pihak selama ini menyangkakan kononnya dua rakan artis itu saling bermasam muka.

Memetik laporan Murai.com.my Fazura berkata, gambar tersebut sememangnya sengaja dikongsi untuk ditujukan kepada para keyboard warrior yang suka melihatnya dan Zizan bermasam muka.

Dituduh Punca Virus Tersingkir, Fazura Perli Pengikut Di Instagram

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.” kata Fazura.

Teraju utama Manisnya Cinta di Cappadocia mengakui terpanggil untuk menghubungi Zizan untuk sama-sama mencari punca situasi ini hingga mereka merancang untuk bertemu.

“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.

Nur Fazura Tegur Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.” jelas Fazura yang kecewa dengan peminat yang cuba melaga-lagakan mereka.

Sementara itu, Fazura turut meluahkan kesyukuran kehadrat Ilahi ekoran isu panasnya bersama Zizan sudah reda dan selesai. -Kedahnews.com