Jualan naskhah al-Quran dan buku tentang Islam dilaporkan sedang meningkat secara mendadak sejak insiden serangan pengganas di ibu pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo, di Paris pada 7 Januari lalu.
Memetik laporan dari sebuah laman web Pages Halal dari Perancis menyatakan bahawa naskah Al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan jualannya.
Malah Al-Quran terjemahan tersebut turut tersenarai sebagai 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan, Amazon, di sepanjang tempoh 26 hari ini.
Menurut Pengurus Besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, Francois Maillot, sejak serangan pada awal bulan lalu, orang ramai mencari maklumat tentang Islam dan sangat giat membeli naskah terjemahan al-Quran.
"Rakyat Perancis mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel.
“Selain al-Quran, buku ber-kenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat termasuk buku tentang sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.
Maillot turut menjelaskan bahawa buku berkenaan ajaran Islam dalam hidup berkeluarga, "L’Islam explique aux enfants et a leurs parents" hasil penulisan Tahar Ben Jellaun, telah mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.
Jelasnya lagi, buku yang mengajar remaja tentang Islam, "Le coran explique aux jeunes" hasil karangan Rachid Benzine, juga laris dalam kalangan pembeli di negara itu.
“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar membaca buku "a maladie de l’islam" yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb," katanya. -Kedahnews.com