Amylea AF3 |
MEMANG tidak dapat dinafikan, untuk menceburi bidang glamor ini
seseorang itu perlu mempunyai pakej lengkap agar dapat diterima baik
peminat tempatan.
Buat yang cantik dan kacak, pasti mudah sahaja meraih perhatian peminat-peminat dengan rupa paras yang sedap mata memandang.
Tapi, sebaliknya pula buat selebriti yang mempunyai kekurangan
daripada segi rupa paras yang mana sekaligus memperlahankan kelangsungan
seseorang artis berbakat itu untuk terus melangkah ke hadapan.
Hal ini pernah juga membelenggu bekas pelajar Akademi Fantasia (AF)
musim ketiga, Amylea Azizan yang mengakui pernah mencederakan diri
sendiri gara-gara merasakan dirinya hodoh.
"Sejak daripada dulu lagi saya
memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri
sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas
menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya
selepas habis pertandingan tersebut.
"Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik
mempertikaikan penampilan dan rupa saya.
"Tetapi mereka kata tahu
kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai
bila senario begini akan habis, namun saya bernasib baik ada juga yang
tidak memandang begitu," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan, murai.com.
Amylea juga berharap peminat tidak menganggap pendedahannya itu
merupakan sebagai salah satu strategi dengan mencari simpati untuk
dirinya diterima semua pihak di luar sana.
Fuh, sampai begitu sekali Amylea berfikir ya.
Bagi kami, Amylea ni memang di antara bakat-bakat produk AF yang
sangat berbakat besar. Malah dia pun boleh karang lagu sendiri, tu dah
kira hebat lah kan!
Mungkin masa Amylea untuk menyinar belum tiba lagi, tapi mana tahu lepas-lepas ni kan..
Sama-sama kita beri sokongan buat Amylea, agar bakatnya lebih diberi perhatian selepas ini.
Mungkin peminat pun boleh move on, daripada tengok artis yang cantik sahaja tapi tak berbakat buat apa kan. Tak gitu?
Sumber: Mynewshub.cc