PENJAGAAN kebersihan gigi amatlah penting dididik sejak kecil lagi
bagi menentang bakteria, karang gigi dan segala permasalahan mulut lain.
Antara amalan yang wajib dilakukan secara rutin adalah memberus gigi dua kali sehari.
Pun begitu, masih ada individu yang mengambil ‘enteng’ perihal kebersihan gigi dan akibatnya amat sadis sekali.
Lihat sajalah video rawatan yang dijalani lelaki dikenali sebagai
Katsu ini, yang pertama kali bertemu doktor gigi selepas 10 tahun.
Video menunjukkan proses memecahkan karang gigi yang kronik ini bakal
membuatkan sesetengah anda yang menonton turut berasa nyilu dan
kesakitan.
Bagi yang tidak tahu, karang gigi muncul apabila plak sekitar gigi menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari.
Oleh itu, pelihara dan sayangilah gigi anda kerana gigi yang bersih dan cantik adalah lambang keperibadian setiap individu.
Sumber: Mynewshub.cc