Pelakon lawak terkenal, Azad Jasmin dilapor telah membuat satu laporan polis petang
semalam terhadap siri tuduhan fitnah oleh pemilik Rania Marketing
terhadapnya menerusi program gosip, Melodi dan Galaksi baru-baru ini.
Kata Azad, dakwaan pasangan pemilik syarikat tersebut, Datuk Suhaimi
Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy bahawa dirinya melarikan sejumlah
wang adalah tidak benar sama sekali.
“Jika pihak mereka nak
saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar.
Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.
Setakat ini kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan
dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan
provokasi.
Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan
perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang
mengecewakan,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Difahamkan bahawa Azad dan pasangannya yang juga pelakon, Eira Syazira sebelum ini
dilaporkan menyertai satu perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di
bawah Rania Marketing namun mula mencurigai perniagaan tersebut setelah
tiga bulan bersama.
"Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana
berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya
semuanya hanya janji manis.
"Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah
saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai
RM800.
"Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka di bawah saya," katanya lagi dalam sidang akhbar berkenaan.
Mula menyertai perniagaan berkenaan sejak 7 Mei lalu, Azad
bagaimanapun memaklumkan, dia sudah menarik diri sejak awal bulan lalu. -Kedahnews.com