Bercakap mengenai jam tangan pintar hari ini, kebanyakkannya hanya
mempunyai jangka masa bertahan bateri sehingga tiga hari sahaja.
Malah Apple sendiri dilihat mempunyai sedikit kesukaran dalam pengoptimasian bateri mereka.
Namun, Asus berkemungkinan telah menemui salah satu kaedah untuk mengatasinya.
Bercakap mengenai perancangan untuk jam tangan pintar baru, Asus
mengatakan mereka ingin hadir dengan jam tangan pintar yang mampu
bertahan sehingga seminggu dengan sekali pengecasan, berbanding hanya
dua tiga hari pada masa kini.
Untuknya, mereka mungkin akan membuat beberapa perubahan, termasuk
menggunakan cip pemprosesan yang lebih rendah tenaga pemprosesannya, dan
mungkin mengoptimasikan lagi sistem operasi yang digunakan olehnya.
Asus buat masa ini hanya menawarkan sebuah sahaja model jam tangan
pintar, iaitu Asus ZenWatch dan dijana menggunakan Android Wear.
ZenWatch generasi baru dijangka hadir sekitar suku ketiga 2015 ini,
selari dengan acara IFA 2015 yang dijadualkan pada bulan September
kelak.
Sumber: Androidauthority