Bekas MB Diguling Anwar - Rafizi Yakin Mahkamah Adil

KUALA LUMPUR – “Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi hujah dan keterangan kepada mahkamah”.

Itu reaksi Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berharap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara ke atas Anwar berdasarkan kepada fakta, bukti, keterangan dan hujah terbabit.

“Jika tidak, keputusan ini akan menjadi satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara. Saya berdoa kepada Allah S.W.T semoga keluarga saudara Datuk Seri Anwar ibrahim diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,” katanya melalui laman Facebook beliau, semalam. 

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

































Sumber: Mynewshub.cc