Meskipun pihak mahkamah tela membuat keputusan mengenai kes di antara Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun, dianggap selesai, namun nampaknya ia masih lagi belum berakhir bagi puteri sulung vokalis Wings itu, Putri Aleeya Antasha.
Episod kes itu seolah diberi nafas baru dengan memaparkan "versi" dari anak sulung Awie yang kini tampil "campur
tangan" dengan menangkis cerita Rozana yang sebelum ini membuat kenyataan di media, sekaligus membela bapanya di laman sosial miliknya.
Memetik dari laman Facebook dan Instagram miliknya baru-baru ini,
Putri Aleeya Antasha, anak pertama hasil perkongsian hidup Awie dan
pelakon Arni Nazira mendedahkan tentang ibu tirinya itu yang dikatakan telah menipu media!
"INI SEMUA MENIPU SEMATA-MATA!
"Yes, memang, memang ada yang
mandikan adik-adik saya, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan
Putri Qasseh Antasha, yang siapkan baju mereka, yang bagi mereka makan
dan minum, memang ada tetapi bukan ibunya malah orang gaji yang siapkan
semuanya, bukan sahaja orang gaji, kadang-kadang saya dan adik saya
Aleefa yang harus siapkan..
"Ayah saya seorang yang bertanggungjawab!! Bukan ayah yang
biarkan anaknya tak terjaga, bukan ayah yang takda hati perut, takda
perasaan. ITU BUKAN AYAH SAYA!!
"Dan saya ingatkan pada sesiapa yang sokong sangat pihak sana
tu, JANGAN PANDAI-PANDAI CAKAP ITU INI KALAU TIDAK TAHU CERITA SEBENAR
OK?
"Kalau saya dipanggil mahkamah untuk dijadikan saksi, saya
sanggup… saya sanggup! Sebab saya tahu, sebab saya tahu, ayah saya TAK
SALAH!" tulis Putri Aleeya.
Dalam status tersebut, Putri Aleeya jelas membayangkan bahawa kenyataan yang
dikeluarkan Rozana tidak tepat dan seolah-olah ibu tirinya itu
cuma prihatin terhadap ketiga-tiga anak kandungnya sahaja iaitu Putra
Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.
Puteri sulung Awie itu juga menepis dakwaan Rozana bahawa dia menghabiskan masa
seharian menguruskan anak-anak dan prihatin terhadap tugasan
sekolah mereka, sedangkan menurutnya semua perkara itu lebih banyak dilakukan orang gaji dan ibu
saudara mereka.
Aleeya menegaskan Awie seorang yang bertanggungjawab dan dia bersedia
menjadi saksi di mahkamah bagi membela bapanya andai diperlukan.
Sementara itu, mahkamah dalam keputusannya minggu lalu melarang Awie untuk memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung bekas isterinya itu. -Kedahnews.com