Perniagaan adalah punca rezeki yang paling banyak. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud:
“9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan.” (riwayat Tirmizi)
Demikian Islam meletakkan perniagaan sebagai aktiviti yang mulia. Selain itu, perniagaan adalah ibadat dan juga sunah baginda SAW. Bahagialah peniaga yang amanah kerana mereka dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada. Namun demikian, jika dilakukan luar batasan syariat Islam maka boleh mengundang padah baik di dunia mahupun akhirat.
Akibat terlalu mengejar keuntungan, ada peniaga yang mencari pelaris dan tangkal untuk memajukan perniagaan. Pelaris itu biasanya melibatkan penggunaan barangan tertentu secara tradisional iaitu bomoh. Berjumpa bomoh kerana jualannya tidak maju, makanan tidak sedap dan adakalanya dilakukan sihir oleh bomoh supaya orang bertumpu ke kedainya. Perbuatan ini dilarang dan haram dalam Islam.
Pelaris itu pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang menggunakan objek, gambar rajah, azimat atau tangkal. Ada warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai, huruf tertentu dalam petak yang digabungkan seakan-akan ayat suci al-Quran atau doa tertentu tetapi tidak difahami langsung. Ini juga mungkin sejenis pelaris.
Untuk mencapai hajat maju dalam perniagaan, mereka tidak sayang melabur puluhan ribu ringgit malah ada yang mencecah ratusan ribu. Ada yang terjebak dalam perkara khurafat dan membayar ribuan ringgit untuk sebentuk cincin yang kononnya membawa tuah dan ada juga yang ‘membeli’ ayat seribu dinar dengan harga tinggi untuk digantung di premis perniagaan.
Ada juga segelintir bomoh yang bertopengkan agama. Mereka berjubah, menyimpan janggut dan berserban sebesar bakul tetapi semua itu hanyalah untuk mengabui pandangan masyarakat. Jangan kita terperangkap dengan bomoh sebegini waima berstatus kiai sekali pun.
Tanpa disedari, perbuatan berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya boleh mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada manusia ialah Allah SWT.
Hukum perbomohan adalah harus dengan syarat tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Dalam sejarah Islam, memang wujud cara pengubatan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Selain cara-cara biasa, mereka juga menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Walau bagaimanapun, penggunaan tangkal azimat adalah haram dan syirik jika mengandungi perkataan-perkataan yang tidak dapat difahami maknanya, berdasarkan sihir, yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
Para peniaga juga mesti meletakkan keyakinan bahawa rezeki itu daripada Allah. Sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Bagi peniaga ikhtiar mereka sepatutnya menyediakan makanan yang lazat, premis yang bersih serta harga yang berpatutan. Dengan demikian, insya-Allah perniagaan makanan mereka akan maju.
Seperkara lagi, sesibuk mana sekali pun kita dengan aktiviti perniagaan, hakikatnya seruan Allah itu adalah perkara utama yang mesti didahulukan. Jangan kerana berniaga, solat ditinggalkan. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (an-Nur: 37)