Selalunya, hanya ibu yang sedang bersabung nyawa untuk melahirkan bayi sahaja yang akan berpeluh-peluh di sata genting hendak melahirkan.
Namun ternyata jangkaan itu meleset, apabila bidan yang membantu turut terbukti terkena tempiasnya.
Di Wilayah Zhejiang, China, seorang bidan yang dikenali sebagai Xu
pengsan selepas membantu 11 ibu melahirkan bayi mereka di Hospital First
People, Wenling tanpa henti.
Menurut laporan dari Wenling Daily, Xu bertugas dikatakan terpaksa mengendalikan lapan
kelahiran normal dan tiga kelahiran lagi melalui pembedahan bermula pada jam 12 tengah
malam hingga 8.30 pagi.
Xu kemudiannya dilapor telah pengsan sewaktu sedang bertugas kerana terlalu letih dan terpaksa
dibantu oleh para petugas perubatan yang lain untuk menyedarkannya.
Mujurlah bidan hospital itu sahaja yang pengsan dan masih ramai lagi yang boleh membantu ibu-ibu yang sedang menunggu giliran mahu melahirkan anak.
Tapi, jika bidan kampung yang pengsan, memang paniklah satu kampung dibuatnya, kan? Tidak ke haru biru... -Kedahnews.com