Kenyataan keras Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob dalam isu kenaikan harga barangan dalam laman sosialnya
mengundang kontroversi hingga ada yang menyifatkannya sebagai rasis.
Beliau yang dikenali sebagai individu yang cukup tegas dalam
pendiriannya nyata menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada banyak
pihak termasuklah daripada para pemimpin pembangkang serta dalam
kalangan Barisan Nasional sendiri.
Pun begitu, sebenarnya pendapat yang diutarakan Ismail Sabri yang
bersifat mahu menuntut bela hak rakyat khususnya dalam kenaikan harga
barang yang kini dilihat semakin melampau ada ‘logiknya’.
Penggunakan pendekatan ‘memboikot’ dalam kalangan pembeli sendiri
antara cara yang boleh diguna pakai dalam memerangi masalah kenaikan
harga barang oleh individu tertentu.
Bagaimanapun, menerusi sebuah artikel akhbar tempatan Cina, Sin Chew
hari ini membidas idea Ismail Sabri dan menyifatkan kenaikan harga
barang lansung tiada kena mengena dengan bangsa.
“Kejatuhan harga bahan api tetapi tidak pada harga barangan pengguna.
Ini adalah tingkah laku pasaran yang normal.” tulis penulis di akhbar tersebut.
Pendapat kolumnis itu yang juga berpendapat penurunan harga minyak
tidak boleh diikuti dengan penurunan barangan kedengaran tidak masuk
akal sama sekali.
Sedangkan penjual sendiri yang menentukan harga sama ada untuk menaik
atau menurunkan harga sesuatu barang berdasalkan rasional kos bahan
mentah yang dikeluarkan.
Sementara itu, pendapat yang diutara bagi memastikan tiada kenaikan
harga dengan memperbanyakkan kedai 1Malaysia bukanlah jalan yang
dianggap ‘tepat’ bagi menyelesaikan permasalahan ini.
“Salah satu cara untuk mengekalkan harga rendah adalah untuk
memperluaskan kedai 1Malaysia di seluruh negara atau mengikut model
Singapura untuk menubuhkan kedai koperasi STUC.” katanya.
Sikap peniaga yang segelintirnya dilihat tamak haloba ingin mengaut keuntungan luar biasa itulah yang menjadi punca.
Siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan rakyat marhaein perlu meneruskan kos sara hidup yang semakin tinggi.