Caj Parking Di Negeri Guan Eng Rupanya Dikira Sampai 12 Tengah Malam!


Di beberapa laman sosial baru-baru ini, tersebar meluas beberapa gambar yang memaparkan kadar caj meletak kereta di sekitar Pulau Pinang yang dikira hingga ke tengah malam pada setiap hari.

Kadar bayaran letak kereta di negeri pimpinan parti DAP itu mula dikira bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 malam tanpa mengira sama ada pada hari biasa, hari cuti umum atau hujung minggu.

050215ParkingPenang_1

Cajnya ialah 40 sen setiap setengah jam atau sebahagian daripadanya.

Difahamkan bahawa sebelum DAP mentadbir negeri itu, kadar caj parkir hanya dikira sehingga pukul 5 petang sahaja dan selepas itu semua parkir dikira percuma kecuali di lokasi meletak kenderaan persendirian.

050215ParkingPenang_2

Memang pun sebelum ini di Pulau Pinang, banyak kedengaran cerita mengenai kenaikan kadar bayaran antaranya cukai pintu yang mendapat bantahan banyak pihak di negeri itu.

Sebenarnya, memang agak berbeza apabila kadar parkir kereta dikira sehingga waktu tengah malam berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang hanya mengira kadar sehingga waktu petang.

050215ParkingPenang_3

Pada Januari lalu juga, kejutan turut diberikan Kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada rakyat di pulau itu yang dikenakan caj tersembunyi sebanyak 90 sen bagi mereka yang menjelaskan bil air di pejabat Pos Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Sri Pinang, Soon Kok Wah berkata, penduduk negeri itu keliru dengan caj tambahan yang dikenakan ketika membayar bil di situ sejak 1 Januari lepas.

Difahamkan bahawa caj berkenaan dikenakan oleh pihak Pos Malaysia dan bukannya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA).

Pengguna juga dikatakan telah dikelirukan kerana jika benar ia dikenakan oleh Pos Malaysia mengapa caj berkenaan tidak diumumkan di seluruh negara tetapi hanya di Pulau Pinang sahaja. -Kedahnews.com