Confirm Jem Teruk! 1.5 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuhraya PLUS Sempena Thaipusam


KUALA LUMPUR – Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam hari ini.

Memetik Bernama, Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Iskandar Zulkifli berkata, kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu di sepanjang perayaan tersebut.

“Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik,” katanya semalam.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal..

Ketua Polis Gombak ACP, Ali Ahmad pula memaklumkan bahawa antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau turut menjelaskan bahawa keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini. -Kedahnews.com