KUALA LUMPUR – Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya
sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar
Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap
lebih ‘warak’ sebelum ditangkap berkhalwat.
Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama
pasangannya ditahan ketika sedang ‘berasmara’ di dalam sebuah kereta di
tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.
Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta
terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya
bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan
perbuatan bidaah.
Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu
Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan
hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.
Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak
berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan
sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama
pasangannya yang juga suami orang.
“Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan
perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah
Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.
“Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman
lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan
warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan
persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah
hari semalam,” katanya.
Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman
songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan
pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai
perempuan simpanan.
Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang
diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan
suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain
mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.
“Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan
suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di
Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan
dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.
“Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap
mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga
menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar
dalam dengan singlet.
Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan
pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. – BH Online