Demi Anwar: Abang-Abang Polis Kita Jangan Haraplah Boleh Kahwin Dengan Anak Pakcik Ni...


Betul Kedahnews.com tidak dapat tahan diri dari ketawa besar ketika menonton video di bawah. 

Sampai berulang-ulang kali kami menonton "amarah yang marah" pakcik yang merupakan penyokong tegar Ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Marah sungguh pakcik itu pada abang-abang polis kita, kan?

Sampaikan dia bertekad untuk tidak membenarkan anak perempuannya yang seramai lima orang bersuamikan anggota polis.

“Anak saya lima orang perempuan. Nauzubillah…memang saya tak nak kahwinkan dengan polis!

“Arwah bapak saya polis…koperal polis. Tapi polis tak salah. Yang salah pemerintah!” jeritnya.

Pelik betul gelagat manusia akhir zaman ini, kan?

Kalau polis tak salah, kenapa sampai nak reject mereka jadi menantu?

Apapun, kami ingin menyampaikan pesanan "penaja" kepada pakcik ini bahawa jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Bak kata P Ramlee di dalam cerita Ahmad Albab, "jodoh pertemuan itu di tangan Allah..bukan di tangan bapak" (sila ucap dengan pelat "tohtok"), kan?

Kalau ditakdirkan anak pakcik berjodohkan polis, macam mana? Fikir-fikirkanlah ya!

Seperkara lagi, cuba perhatikan muka kawan pakcik di sebelah yang terperanjat tu…"epik" habis, kan? Lagi sekali berderai ketawa kami... -Kedahnews.com