Fifty Shades Of Grey |
Menurut satu laporan dari sebuah portal, LPF dilapor telah membuat keputusan untuk
mengharamkan tayangan filem adaptasi daripada novel ‘bestseller’
tersebut dari ditayangkan di panggung wayang di seluruh negara.
Memetik kenyataan Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, badan
tersebut mendapati filem yang dijadual ditayangkan pada 12 Februari
depan itu tidak sesuai untuk tontonan umum dan beranggapan, ia lebih sesuai diklasifikasikan sebagai ‘pornografi’.
Namun demikian, berita tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan
kerana klasifikasi yang diberikan untuk novel tulisan E L James itu
adalah bergenre ‘erotic romance’.
Fifty Shades of Grey merupakan sebuah kisah tentang kehidupan seorang gadis,
Anastasia Steele yang berubah setelah bertemu dengan seorang pemuda
kacak namun ‘ganas’, Cristian Grey yang juga seorang jutawan. -Kedahnews.com