Dikritik Macam Rosnah Mat Aris, Ayda Jebat Nekad Diet

MENGAKUI berat badannya naik sebanyak dua kilogram, pelakon Ayda Jebat nekad mahu mengamalkan diet untuk mengatasi masalah tersebut.

“Berat badan saya 45 kilogram dan naik sedikit ketika penggambaran drama kerana selera makan saya lebih daripada biasa.

“Naik dalam dua kilogram sahaja tapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris,” katanya kepada mStar.

ayda2
Jadi bagi mengatasi masalah itu, Ayda nekad mahu mengamalkan diet bagi mendapat bentuk badan ideal sesuai dengan statusnya sebagai pelakon.

“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus tetapi mungkin bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Michael Ang, saya cuba berdiet.

“Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti,” katanya.

Haha, tak perasan pula bila muka Ayda ni dah mengembang ada iras-iras Rosnah Mat Aris…mungkin lepas ini, Ayda dan Rosnah boleh berlakon jadi anak beranak dalam mana-mana produksi drama memandangkan orang pun cakap mereka macam seiras.

Tak gitu?






































Sumber: Mynewshub.cc