Dituduh Terlibat Jadi "Escort Girl", Ini Jawapan Tasha Shilla


Pada bulan lalu, dunia hiburan tanahair bergegar setelah pihak berkuasa mendakwa sekurang-kurangnya 10 selebriti wanita yang sedang disiasat kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral menjadi "escort girl".

Namun secara tiba-tiba entah dari mana, nama aktres muda jelita, Tasha Shilla, dikaitkan dengan isu tersebut dan dikatakan kononnya terlibat dengan kegiatan tersebut!

Haru biru jadinya, kan? Bayangkan kalau kita berada di tempat Tasha Shilla, mungkin akan dikejar tukang buat fitnah itu sampai ke lubang cacing!

Justeru itu, Tasha Shilla semalam menerusi slot Melodi di TV3 menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menabur tohmahan tersebut terhadapnya.

Padanya, tuduhan tersebut sememangnya tidak berasas dan mencemar nama baiknya sebagai penggiat industri seni tanahair.

Selain itu, pelakon itu juga meminta supaya semua pihak tidak melakukan "dosa kering" dengan menjaja fitnah tersebut terhadap dirinya.


Lebih "pedas" lagi, Tasha Shilla menyindir pihak yang berhujah dengan ungkapan "tiada angin takkan pokok boleh bergoyang" dengan ungkapan yang akan membuat mereka terkedu.

"Pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan," kata Tasha Shilla membidas peribahasa yang tidak sesuai dilemparkan terhadap isu kontroversi itu.

Pada Kedahnews.com, sabar sajalah Tasha Shilla. Di saat umat Islam di akhir zaman ini, dengan lambakan fitnah dan tohmahan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya, seolah ia satu kebiasaan pula.

Padahal, fitnah dan tohmahan itu merupakan dosa besar menurut Islam serta sesuatu yang sewajarny dianggap luar dari kamus kehidupan seorang muslim, kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com