Seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa dia bukannya tidak menghormati golongan ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri.
Katanya, apatah lagi golongan ulama itu memaki hamun sesama jemaah Islam, hilang sudah rasa hormat pada mereka yang bersikap sedemikian rupa.
"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu sebagaimana yang dipetik dari sebuah portal yang sering dikaitkan dengan parti politik pembangkang.
Ulasan Dzulkefly berkenaan dipercayai ditujukan kepada golongan ulama yang mengecam beberapa pemimpin parti itu yang cuba merosakkan PAS dari dalam pada Multaqa' Ulama PAS Se-Malaysia ke-2 di Serdang baru-baru ini.
"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya lagi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menegaskan bahawa dia tidak takut pada ancaman golongan ulama di dalam partinya itu dan berazam untuk tidak lagi menghormati ulama yang suka memaki hamun seperti di himpunan berkenaan.
"Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu," tegasnya.
Kenyataan Dzulkefly itu dikatakan telah diputar oleh pihak tertentu seolah-olah dia tidak menghormati semua ulama.
Dalam Multaqa berkenaan yang dianjurkan Dewan Ulama PAS pelbagai istilah digunakan untuk mengecam pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khhususnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara yang teruk dikecam ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan beberapa pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Pada pandangan Kedahnews.com, mungkin golongan ulama di dalam PAS selepas ini boleh mengubah "taktik" kecaman mereka dengan istilah yang lebih "mesra" seperti "intan payung", "sayang ku" dan seumpamanya.
Dengan kecaman "mesra" sebegitu, apakah Dzulkefly akan menghormati semua ahli Dewan Ulama PAS, kan? -Kedahnews.com