Eksklusif: "Aman Shah" Kutuk, Kecam Ustaz Kazim "Ustaz Chow Kit"...

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai "Aman Shah" mengutuk pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai "penipu", "hipokrit", "gemar mencaci" dan mengaibkan "ulama".

Memetik ulasannya pada sekeping gambar poster Kedahnews.com semalam, Aman Shah turut menyifatkan gelaran "Datuk" yang dikurniakan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai gelaran "murahan".

Tidak cukup dengan penghinaan begitu terhadap tokoh dakwah tersebut, dia mendakwa Ustaz Kazim sengaja "nak tunjuk bagus" dan meletakkan tarafnya hanya layak digelar "ustaz chow kit road" sahaja.

"Kamu tu auta lbh kazim oiii...hipokrit,blm kena,caci org bkn main,ulama pn kamu aibkan.dh dpt title murahan br nk tjuk bgus,standard kamu tu,ustaz kt choe kit ja..!!!!!!" kata pengguna Facebook tersebut.

Menurut lawatan Kedahnews.com di akaun laman Facebook milik Aman Shah, dia berkemungkinan besar merupakan antara penyokong kuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.


Pandangan kami itu adalah berdasarkan beberapa keping gambar poster Anwar yang dimuat naik Aman Shah di akaun laman Facebooknya serta status-status yang kelihatan pro-Pakatan Rakyat.

Menggelikan hati kami, pengguna Facebook itu turut membicarakan tentang "moral" melalui sekeping gambar yang memaparkan aksi cium di khalayak ramai yang dipercayai telah dirakam di sebuah stadium bola sepak dengan status "tidak bermoral..!!!" yang dirujuk pada aksi berkenaan.


Namun kami tertanya-tanya juga, apakah tindakan Aman Shah yang hensem kacak bergaya itu mengutuk dan mengecam Ustaz Kazim itu boleh dianggap "bermoral"?

Pada pandangan kami, jika benar pun tidak bersetuju, tidak gemarkan seseorang atau "pro" kepada mana-mana pihak sekalipun, tidak wajarlah bertindak mengutuk atau mengecam mereka tanpa asas yang kukuh.

Bukan apa, mungkin tindakan itu akan "berpatah balik" kepada kita dan menghasilkan "dosa kering" tanpa kita sedari, kan? Apatah lagi ia melibatkan seorang tokoh ilmuwan agama yang disegani kawan dan lawan. Wallahu'alam.  -Kedahnews.com