Escort Girl: Tasha Shilla Desak TV3 Mohon Maaf

Tersinggung dengan soalan diajukan wartawan program hiburan Melodi, aktres jelitan, Tasha Shilla mendesak agar supaya stesen televisyen tempatan, TV3, membuat permohonan maaf segera kepadanya.

Diwakili oleh peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar, sepucuk surat "amaran" telah dihantar kepada stesen tersebut Jumaat lalu, menampilkan tiga tuntutan dari Tasha terhadap TV3.

"Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.

"Setakat ini, kami belum menerima apa-apa respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan," kata peguamnya yang dipetik dari Mstar, semalam.

Jadi-Escort-Girl-VVIP-Polis-Pantau-10-Artis-Wanita-Tempatan-ROTIKAYA

Mengimbas isu tersebut, satu laporan akhbar sebelum ini mendedahkan 10 artis wanita tanahair kini berada dalam pemerhatian pihak berkuasa kerana dipercayai menjalankan aktiviti sebagai ‘escort girl’.

Dalam satu temu bual bersama menerusi program Melodi, Tasha kemudiannya diajukan soalan tersebut namun dia menafikan sekeras-kerasnya terbabit dengan perkara tersebut. -Kedahnews.com