Fenomena Ekuinoks: Malaysia Sedia Hadapi Cuaca Panas Terlampau

Panas terik...
Pakar dalam pengkhususan cuaca menjelaskan bahawa Malaysia dijangka akan menghadapi pemanasan global dan fenomena ekuinoks sehingga bulan April depan.

Fenomena semula jadi ini bukanlah pertama kali terjadi, malah katanya ia dilaporkan berlaku sebanyak dua kali pada setiap tahun iaitu sekitar Mac dan September.

Equinox-0

Merujuk sumber, ekuinoks merupakan fenomena yang mana matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa pada suhu paling panas terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr. Mazlan Hashim menjelaskan menerusi portal Astro Awani, fenomena tersebut akan menyebabkan waktu siang lebih panjang dari waktu kebiasaan.

PROF-DR-MAZLAN-BIN-HASHIM

Katanya, disebabkan penipisan lapisan ozon, maka keterdedahan cahaya matahari pada waktu tersebut akan menyebabkan bahang suhu menjadi lebih tinggi, terutamanya sekitar 12 tengah hari sehingga 3 petang.

“Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.

“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.

“Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak,” jelasnya.

Negara kita kini sedang berada pada musim peralihan Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan sekaligus mengakibatkan cuaca menjadi panas dan kering. –Kedahnews.com