Juliana Evans |
Meskipun baru kembali ke tanahair sebaik sahaja menamatkan
pengajian peringkat ijazah di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana
Evans masih lagi mendapat tempat di hati para peminat tempatan.
Buktinya, selebriti jelita itu dilapor telah disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan
sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya menghiasi majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca.
Baru-baru ini juga dikatakan bahawa Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang
penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama
dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.
Walau bagaimanapun, menerusi gambar yang diambil itu, jelas ia menampakkan sisi
nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia
berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.
Mungkin juga Jue teruja untuk menggayakan persalinan yang unik dan istimewa bagi memberikan satu kelainan buat imej dirinya agar
selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak produksi majalah
tersebut.
Walau bagaimanapun, pada pandangan Kedahnews.com, Jue sewajarnya lebih berhati-hati dalam memperagakan pakaian sedemikian rupa kerana dibimbangi mencetus kontroversi khususnya di kalangan rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Sekiranya dipaksa sekalipun oleh pihak produksi penggambaran, rasanya Jue masih punya hak untuk menolak berpakaian sebegitu, bukan?
Sensitiviti aurat membabitkan pakaian yang agak menjolok mata dijangka mampu mencetus pelbagai reaksi negatif dan apatah lagi jika pakaian seumpama itu menjadi ikutan golongan remaja beragama Islam yang masih belum mengerti tentang hukum-hakam agama. -Kedahnews.com