Gadis Mahasiswi Berpurdah Dijangka Kahwin Februari Ini Gara-Gara Petrol Turun Harga


Pada sekitar tahun 2012, segelintir pelajar universiti yang bergabung dengan beberapa aktivis politik pro-Pakatan Rakyat telah bersusah payah berkhemah di Dataran Merdeka, kononnya memprotes kenaikan harga petrol.

Sanggup meninggalkan buku dan pelajaran di universiti, mahasiswa "bijak pandai" itu mengutuk kerajaan kononnya zalim dan menyebabkan mereka "lambat" bernikah.

Meskipun bunyi sepanduk mereka itu kedengaran agak "gatal merenyam" tidak sabar-sabar untuk berkelamin, apatah lagi dipegang oleh seorang gadis yang berhijab purdah, demi meneruskan agenda politik pihak tertentu, mereka sanggup bermalam bercampur lelaki perempuan di situ.

Bagaimanapun, Kedahnews.com yakin adik-adik mahasiswi dan mahasiswa yang berdemo di "Occupy Dataran" itu akan bernikah dengan pasangan masing-masing pada bulan ini juga ekoran penurunan harga petrol secara mendadak sejak 2 bulan kebelakangan ini.

Harga minyak petrol hari ini turun lagi ke paras RM1.70 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi RON97 berikutan corak harga minyak mentah dunia yang terus merudum.

Sebelum itu, harga RON95 ialah RM1.91 dan RON97 ialah RM2.11 seliter sebelum penurunan berkenaan diumumkan.

Dengan penurunan harga petrol itu, Kedahnews.com yakin adik berpurdah itu akan mengambil kesempatan untuk cepat-cepat bernikah sebelum harga minyak di pasaran dunia melambung nanti.

Kasihan pula dengan mereka yang tidak dapat berkelamin gara-gara harga petrol naik, kan? Wallahua'lam. - Kedahnews.com